YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hadir buat julung kalinya ke Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MoF) selepas pembentangan Belanjawan MADANI 2026.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Perbendaharaan dan agensi-agensi di bawah MoF atas komitmen tinggi dalam merangka belanjawan terbesar dalam sejarah negara.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan yang dirangka demi kepentingan rakyat terbanyak. Kerajaan juga mengambil langkah berhati-hati dalam mengurus defisit fiskal, tanpa mengorbankan bantuan kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.
Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan untuk menutup ketirisan dan mengoptimumkan hasil negara, tanpa mengenakan cukai baharu yang membebankan. Ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi, belanjawan ini menjadi perisai untuk rakyat untuk menikmati Malaysia yang lebih adil dan makmur.