Sebanyak 83 syarikat telah dilantik bagi pelaksanaan Kontrak Panel Berpusat (KPB) Perabot baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Januari 2023 sehingga 14 Januari 2026. Kesemua syarikat yang dilantik adalah dalam kalangan syarikat pembuat perabot Bumiputera yang berdaftar dengan MOF.

Selaras dengan penguatkuasaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pasific Partnership – CPTPP) pelaksanaan KPB Perabot akan ditentukan secara Multi-Use List (MUL) yang dijangka akan bermula pada Januari 2024.

Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bersama Syarikat Panel Perabot Kontrak Berpusat di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato' Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), YBhg. Datin Rashidah binti Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) dan Encik Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan.
