Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan Bil.4/2024

Majlis Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan Bil.4/2024

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir di sesi Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

Dalam ucapannya, beliau berkata Kerajaan MADANI tegas mengutamakan reformasi institusi dan tatakelola baik bagi mengangkat nilai integriti dalam pentadbiran.

Di samping itu, beberapa pengarahan baharu diambil bagi memperkukuh tatakelola, mengurangkan ketirisan perbelanjaan dan meluaskan asas hasil. Ini termasuklah reformasi cukai yang tidak mengesankan majoriti rakyat dan penyasaran subsidi untuk menambah kadar bantuan tunai rakyat. Beberapa bantuan tunai yang disediakan Kerajaan MADANI telah ditingkatkan dan diperluas bagi membantu majoriti rakyat berbelanja untuk keperluan harian.

Beliau juga menggalakkan penganjuran rumah-rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sederhana dan berjimat dalam berbelanja.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility