YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Majlis Persaraan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan pesanan antaranya berkenaan persaraan. Bagi beliau, persaraan bukan bererti khidmat sudah tidak lagi diperlukan, ia adalah fasa di mana kita berhenti “hidup untuk bekerja” dan mula “bekerja untuk hidup”. Maka, beliau turut sarankan supaya melaksanakan apa jua aktiviti yang telah dirancang selepas tempoh persaraan ini dengan sebaiknya serta jadikan pengalaman bekerja sebagai bekalan perjalanan untuk terus maju ke hadapan dalam apa jua bidang yang ingin diceburi.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pesara di atas segala bakti yang ditaburkan, perkongsian pengetahuan dan pengalaman semasa bergelar penjawat awam. Sesungguhnya apa juga usaha para pesara dalam memajukan perakaunan sektor awam di Malaysia akan terus dikenang sepanjang masa.