Semasa YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan berada di Amerika Syarikat tempoh hari, beliau telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi seperti Amazon dan Google. Dalam pertemuan tersebut, syarikat-syarikat tersebut menyuarakan hasrat mereka untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Rentetan tersebut, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Pertukaran Dokumen Cloud Framework Agreement (CFA) di antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan Cloud Service Provider (CSP) dan Syarikat Managed Service Provider (MSP) yang turut melibatkan Amazon Web Services, Asia Pacific Google Cloud, Microsoft dan Telekom Malaysia.
![]() |
![]() |
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan turut berkesempatan hadir ke majlis tersebut dan antara yang hadir juga adalah YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof Ismail, Ketua Pengarah MAMPU selaku tuan rumah.

Bagi memastikan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan dapat dimanfaatkan oleh seluruh agensi Sektor Awam, pihak Kerajaan telah mengambil langkah strategik dengan menaiktaraf perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam yang dikenali sebagai MyGovCloud.
![]() |
![]() |
Perkhidmatan di MyGovCloud berfungsi secara hibrid dengan menggabungkan perkhidmatan Private Cloud di PDSA dan Public Cloud oleh CSP yang dilantik Kerajaan.