YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Rumah Terbuka Kementerian Kewangan (MOF) 2022.

#TeamMOF bukan sahaja menyantuni tetamu yang hadir, setiap bahagian juga buka booth makanan dan minuman untuk disajikan kepada mereka yang hadir. Terdapat pelbagai menu wajib seperti lemang, ketupat dan rendang. Bukan warga MOF sahaja, agensi-agensi MOF juga turut hadir menyajikan juadah-juadah untuk para tetamu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Beliau turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut. Pastinya amat bermakna buat kita semua, selepas 2 tahun beraya dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
