Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024.
Turut hadir, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Tahniah diucapkan kepada Tokoh Maal Hijrah 1446/2024 Kategori Kebangsaan, Dato’ Seri Haji Hassan Haji Ahmad, mantan Mufti Pulau Pinang manakala Kategori Antarabangsa, Syeikh Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
Tema sambutan pada tahun ini iaitu “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah S.A.W dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki, dunia dan akhirat.
Seramai 40 warga Kementerian Kewangan diketuai Puan Norhana Abd. Azis turut hadir menyertai sambutan kali ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.