YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Beradat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sempena sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-40.

Beliau mewakili warga Kementerian Kewangan (MOF) dan JKDM, merafak sembak dan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku atas segala pandangan dan nasihat dalam usaha memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan pemulihan ekonomi negara. Dengan perkenan KDYMM Tuanku, MOF dan JKDM akan dapat terus berkhidmat kepada rakyat dengan telus dan berintegriti.
![]() |
![]() |