Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Taklimat terhadap Rang Undang‑undang Perolehan Kerajaan 2025 (RUUPK 2025) khusus untuk Friends of Ministry (FoM) dan Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (BBC).
Majlis yang bertujuan untuk memberi pencerahan mengenai intipati dan fokus utama RUUPK 2025 ini menandakan langkah positif ke arah transformasi tatakelola perolehan kerajaan serta memperkasa pengurusan dana Kerajaan.