YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, atas perkenan DYMM Tuanku menerima menghadap beliau di Istana Negara untuk beliau membentangkan perkembangan terkini penyediaan #Bajet2022 serta pencapaian-pencapaian terkini kewangan dan ekonomi negara.

Beliau dan #TeamMOF akan terus bekerja keras dengan penuh dedikasi dan integriti bagi memastikan penyediaan #Bajet2022 bukan sahaja dapat memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, tetapi juga dapat menjamin kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.
Beliau turut mengambil maklum berkenaan nasihat dan perkenan DYMM Tuanku dalam pentadbiran negara, rakyat jelata akan terus dimanfaatkan dengan inisiatif-inisiatif yang memberikan impak positif langsung.
Beliau menjunjung kasih DYMM Tuanku atas keprihatinan dan kasih sayang ke atas rakyat jelata.