YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan Mesyuarat Bilateral dengan Encik Zhongjing Wang, Ketua Pegawai Eksekutif, Multilateral Cooperation Center For Development Finance (MCDF) di Tbilisi, Georgia.

MCDF telah ditubuhkan untuk menggalakkan pelaburan melalui perkongsian dalam infrastruktur berkualiti tinggi dan kesalinghubungan di negara-negara membangun.

Sejak penubuhannya pada tahun 2020, MCDF kekal berpegang kepada prinsip - Kesalinghubungan, Kualiti dan Perkongsian. MCDF juga menyokong negara-negara membangun dalam meningkatkan kapasiti institusi dan pembaharuan kawal selia mereka.