Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah menghadiri mesyuarat dan lawatan tapak ke SMH Rail Sdn Bhd di Zurah Industrial Park Rasa iaitu kilang bagi melaksanakan kerja pemasangan tempatan, pembaikan dan servis untuk kereta api elektrik (MRT) Malaysia.
SMH Rail merupakan antara penerima manfaat Industrial Collaboration Program (ICP) yang terbesar di Malaysia.
Semoga dengan usaha daripada Technology Depositary Agency (TDA) dalam memperluaskan program ICP, lebih banyak lagi syarikat tempatan akan berpeluang untuk menerima manfaat selari dengan perkembangan industri dan ekonomi negara serta menambahkan lagi peluang pekerjaan, meningkatkan pemindahan teknologi mahupun pembangunan modal insan.






