Selepas mendengar taklimat keseluruhan berkenaan 55th ADB Annual Meeting, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Encik Sardar Ayaz Sadiq, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Pakistan dan delegasi yang turut hadir ke Manila untuk tujuan sama.

Dalam mesyuarat dua hala tersebut, beliau melihat Malaysia dan Pakistan mempunyai banyak potensi kerjasama yang boleh dipertingkatkan terutamanya dalam guna tenaga kerja dan sektor pelancongan.

Susulan mesyuarat dua hala, beliau akan meminta jabatan dan kementerian yang berkenaan untuk mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor yang berkaitan yang semestinya akan menyumbang kepada ekonomi kedua-dua buah negara.

Beliau juga berkesempatan menzahirkan rasa simpati terhadap banjir besar yang melanda Pakistan sehingga memberi kesan yang besar terhadap keadaan ekonomi mereka.