Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Kementerian Kewangan bagi menghadiri Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bersidang buat pertama kali pada tahun ini.

Jawatankuasa ini telah memberi penekanan terhadap peri penting untuk Kerajaan mengambil pendekatan yang bertanggungjawab dalam merangka Belanjawan 2023.

Belanjawan yang akan datang ini tentunya akan mengutamakan pemacuan pembangunan yang saksama dengan berpaksikan prinsip keadilan sosial untuk semua kaum serta lapisan masyarakat.

Prinsip ini mesti dilaksanakan meski Kerajaan mewarisi beban hutang yang tinggi serta ledakan gelombang ketidaktentuan ekonomi global pada tahun ini.

Angka pertumbuhan global ekonomi dijangka akan melembab, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memberi amaran terkait hal yang sama. Kemelesetan ekonomi dijangka akan mengesankan banyak negara.

Kendatipun begitu, Belanjawan 2023 semestinya akan mengutamakan pertumbuhan dan pengagihan khazanah negara secara seimbang, saksama serta akan menggarap prinsip keadilan sosial.

Keutamaan ini tentunya selari dengan hasrat dan upaya Kerajaan untuk memaknai konsep pembangunan Malaysia MADANI bagi memanfaatkan seluruh rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility