Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Jawatankuasa Kebolehpasaran Kebangsaan Bil. 1/2020

Mesyuarat Jawatankuasa Kebolehpasaran Kebangsaan Bil. 1/2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Kebolehpasaran Kebangsaan Bil. 1/2020 di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.

Jawatankuasa tersebut telah membincangkan pelbagai isu berbangkit termasuk kadar pengangguran negara terkini iaitu 5.3% (Mei 2020), Program Subsidi Upah di bawah Pelan PRIHATIN dan PENJANA yang telah berjaya menyelamatkan 2.65 juta pekerjaan daripada 325,119 majikan dengan bayaran RM7.818 bilion, portal perkhidmatan pekerjaan MYFutureJobs yang semakin ramai pencari pekerja berdaftar (171,127) dan kekosongan pekerjaan (129,169), program insentif pekerjaan dan latihan, dan juga beberapa usaha untuk membantu graduan dan penganggur aktif mendapatkan pekerjaan.

Mesyuarat turut dihadiri wakil Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi, serta wakil daripada Jabatan Statistik Negara, Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP).

Arkib Foto

Logo Accessibility