Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga & Kesan Konflik Asia Barat Bil.3/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga & Kesan Konflik Asia Barat Bil.3/2026

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga dan Kesan Konflik Asia Barat Bil.3/2026, yang turut membincangkan dapatan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Konflik Asia Barat terus meruncing dan tidak kelihatan tanda-tanda penyelesaian dalam masa terdekat, seterusnya memberi tekanan dan implikasi yang besar terhadap tenaga, rantaian bekalan dan ekonomi global.

Kerajaan terus memantau dengan lebih rapi dan berikhtiar supaya dapat melindungi rakyat dan mengurus ekonomi negara secara proaktif, menyeluruh dan teratur.

Asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan. Respon awal telahpun dilaksanakan.  

Namun begitu Kerajaan kini mengambil pendekatan kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk krisis tenaga global. 
Ikhtiar Kerajaan turut mengambil kira kesejahteraan rakyat dan kemampanan perusahaan kecil, sederhana serta industri.

Pada masa ini, Kerajaan mengalu-alukan perubahan gaya hidup yang lebih berhemah dan bersederhana seperti merancang perjalanan, perbelanjaan yang sederhana, penggunaan elektrik lebih berhemah di rumah dan pejabat.

Arkib Foto

Logo Accessibility