Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi & Kestabilan Politik

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi & Kestabilan Politik

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama beberapa rakan Kabinet dan wakil-wakil Parti Pakatan Harapan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik selepas selesai sesi penggulungan di Parlimen.

Dengan semangat #KeluargaMalaysia, kedua-dua belah pihak melangkau norma politik dan mencari titik persamaan demi kesejahteraan semua. Ini adalah satu perpaduan yang diperlukan untuk meraih kejayaan dalam peperangan kita menghadapi pandemik COVID-19.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap agar usaha sebegini dapat membawa Malaysia ke arah suasana yang lebih stabil dan harmoni.

Arkib Foto

Logo Accessibility