Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Mesyuarat Ke-23 Menteri Kewangan & Gabenor Bank Pusat ASEAN+3 (AFMGM+3) secara maya.
Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan situasi kewangan semasa dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang timbul melalui kerjasama yang erat antara negara-negara ASEAN+3.
Bagi mesyuarat kali ini, topik khusus yang dibincangkan adalah mengenai impak COVID-19 terhadap ekonomi global dan polisi-polisi dua hala yang mampu menguruskan impak tersebut.
Mereka juga telah membincangkan mengenai usaha-usaha memperkukuhkan kerjasama kewangan antara negara ASEAN+3, termasuk agensi-agensi kewangan antarabangsa.





