Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat ke-3 Jawatankuasa Dasar Fiskal

Mesyuarat ke-3 Jawatankuasa Dasar Fiskal

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Parlimen untuk menghadiri Mesyuarat ke-3 Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.

Turut hadir antaranya adalah YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, antara yang telah dibincangkan adalah prospek pemulihan ekonomi yang lebih baik pada suku keempat tahun ini dan dijangka momentum ini akan berterusan pada tahun 2022 dengan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang diunjurkan berkembang antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus, seiring dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 6 peratus, dan Bank Dunia, pada 5.8 peratus.

Selain itu, mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa kutipan hasil mencatatkan peningkatan 8.9 peratus kepada RM210.4 bilion, manakala jumlah perbelanjaan meningkat 4.9 peratus kepada RM307.6 bilion.

Secara amnya, melihat kepada keberkesanan urus tadbir fiskal dan ekonomi negara, Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Arkib Foto

Logo Accessibility