YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Kuartet Menteri mingguan di Parlimen untuk sesi libat urus mengenai status terkini pengurusan pandemik negara. ⠀

Fokus kali ini adalah berkenaan pelaksanaan Vaccinated Travel Lane (VTL) Malaysia-Singapura dan kemunculan varian Omicron yang melanda banyak negara setakat ini. ⠀ ⠀
Dengan kerjasama pelbagai Kementerian, Kerajaan akan memastikan #KeluargaMalaysia terus dilindungi dan selamat daripada krisis kesihatan ini, di samping memastikan pemulihan ekonomi negara terus berjalan lancar.