Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Kumpulan Fokus Anjuran MoF bersama KWSP Berkaitan Ekonomi Perak: Masyarakat Menua

Mesyuarat Kumpulan Fokus Anjuran MoF bersama KWSP Berkaitan Ekonomi Perak: Masyarakat Menua

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mempengerusikan mesyuarat Kumpulan Fokus mengenai masyarakat menua (ageing population) bertempat di Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kwasa Damansara, semalam.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pemegang taruh seperti Khazanah Research Institute (KRI), National Council of Woman Organisation (NCWO), Oretha Senior's Care, Social Wellbeing Research Centre (SWRC), UM Faculty of Medicine (Geriatric), World Bank dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Bank Negara Malaysia dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan). 

Sesi perbincangan yang dianjurkan dengan kerjasama KWSP, bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan dasar dan langkah intervensi yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai persediaan menghadapi rakyat yang semakin menua. Ini termasuk jaminan pendapatan usia tua, penglibatan warga emas dalam tenaga kerja, penjagaan kesihatan, kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan demi kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia semasa usia tua. Hasil perbincangan ini akan dipertimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026 
#EkonomiMADANI 
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility