Pilih bahasa anda
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Fokus (Focus Group) mengenai pembiayaan Modal Teroka sebagai sebahagian daripada siri libat urus Belanjawan 2027.
Sesi anjuran Kementerian Kewangan (MoF) dengan kerjasama Khazanah Nasional Berhad dan Jelawang Capital ini bertujuan mendapatkan input strategik daripada penggiat industri. Langkah ini amat penting dalam usaha merangka dasar yang mampu melonjakkan potensi syarikat pemula (startups) tempatan, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi mampan.
Bagi memastikan maklum balas yang komprehensif, sesi ini telah menghimpunkan pelbagai pemegang taruh utama merentas kementerian, badan kawal selia, dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), serta wakil firma modal teroka dan ekuiti swasta dari dalam mahupun luar negara. Sesi perbincangan ini dikendalikan oleh YBhg. Dato' Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional selaku moderator.
Pertemuan strategik ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi pegawai-pegawai kanan Kementerian/Agensi Kerajaan serta Pasukan Belanjawan 2027.