Select your language
Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2020 telah diadakan bertempat di Kementerian Kewangan yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mesyuarat tersebut diadakan selaras dengan Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan dan bertujuan membincangkan perkara yang melibatkan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan beberapa kepentingan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir termasuk YAB Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua Menteri, serta Ahli-ahli Mesyuarat.






