Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2022

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2022

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2022 yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara ini diadakan selaras dengan Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan. Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan perkara yang melibatkan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan isu-isu yang berkaitan. Mesyuarat juga telah membincangkan beberapa perkara yang menyentuh kepentingan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut adalah YAB Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua Menteri, wakil-wakil Kerajaan Negeri serta ahli-ahli mesyuarat yang lain.

Kerajaan kekal komited untuk memastikan hasil negara dapat dinikmati setiap negeri secara adil dan saksama bagi memastikan pemulihan ekonomi negara menuju fasa endemik dapat diperkukuh.

Arkib Foto

Logo Accessibility