Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Turut hadir adalah YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan, YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan langkah dinamik Kerajaan dalam mengemudi Malaysia keluar dari kemelut pandemik COVID-19. Menerusi penglibatan pelbagai pihak seperti pakar-pakar bidang berkaitan dan industri serta wakil-wakil parti pembangkang, Kerajaan dapat meneliti pandangan dari semua sudut dan yang penting sekali adalah proses semak imbang terhadap langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah PPN.

Sesi mesyuarat tersebut juga telah menumpukan kepada perkembangan terkini berkaitan COVID-19 serta pelan dan laporan penilaian pembukaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah di seluruh negara. Ahli mesyuarat juga bersetuju dengan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.

MPN akan meneruskan gerak kerja pemulihan negara demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility