YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Pertama Majlis SDG Negara 2022 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri, wakil-wakil Kementerian dan agensi serta pihak berkepentingan.

Agenda SDG sememangnya menjadi suatu fokus yang penting di peringkat tertinggi Kerajaan. Ini kerana menerusi tadbir urus dan pelaksanaan agenda SDG yang mantap, sesebuah negara dapat memastikan kesejahteraan rakyat dalam pelbagai perspektif seperti sosioekonomi, kesihatan dan keselamatan. Amalan SDG juga dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di samping memastikan khazanah alam terus dipelihara untuk dinikmati generasi akan datang.

Penubuhan Majlis SDG juga selari dengan komitmen negara yang menggariskan sebanyak 17 ‘sustainable development goals’ yang telah diumumkan semasa Sidang Kemuncak Pembangunan Mampan PBB pada tahun 2015.

Tugas utama majlis adalah bagi memastikan pelaksanaan pelan dan inisiatif berkait dapat berjalan dengan lancar, seterusnya merapatkan jurang pencapaian antara negara-negara PBB.
Pihak Kementerian Kewangan akan terus komited dan bekerjasama dengan pelbagai pihak membantu pelaksanaan agenda SDG negara demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.