YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.

Majlis tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Sosial Negara yang merangkumi pelbagai program dan inisiatif bagi memperkasa keselamatan dan pembangunan sosial #KeluargaMalaysia.

Di pihak Kementerian Kewangan (MOF), MOF sentiasa menitikberatkan perlindungan dan pembangunan sosial. Di bawah #Bajet2022, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Kasih Suri Keluarga Malaysia, Baucar Perlindungan Tenang, Skim MySalam dan i-Saraan, khususnya buat golongan yang sebelum ini kurang dilindungi seperti ibu tunggal, warga emas, suri rumah dan pekerja gig.

Semoga segala inisiatif sebegini dapat melindungi #KeluargaMalaysia sekiranya ditimpa musibah. Kerajaan komited untuk terus melindungi #KeluargaMalaysia.