YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Majlis Statistik Dan Data Negara yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.
Tujuan majlis tersebut adalah untuk meneliti dan memperakukan dasar dan strategi dalam memperkukuh Sistem Statistik Negara di samping dalam memastikan pelaksanaan dasar yang efektif dalam perkongsian data antara agensi awam dan swasta.

⠀
Pandemik COVID-19 telah membuka mata dunia akan kepentingan statistik dan data dalam merangka polisi dengan lebih tepat. Apabila diaplikasikan dengan betul, data dan statistik bukan sahaja dapat menyelesaikan sesuatu masalah malah juga dapat menghindar daripada sesuatu masalah itu berlaku.
Menerusi majlis tersebut, Kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak dapat sentiasa membaik pulih dasar dan pelaksanaan bersandarkan statistik dan data terkini demi menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia.