YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan mesyuarat bersama Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) bagi membincangkan masalah dan pandangan daripada semua wakil agensi yang terlibat berkenaan langkah kerja membanteras penyeludupan di sempadan-sempadan negara yang akhirnya akan mempengaruhi ketirisan hasil negara.

Isu penyeludupan di sempadan negara seperti arak dan rokok adalah masalah yang besar dan amat serius tidak kira di mana-mana negara. Malaysia turut berdepan masalah isu penyeludupan sebegini yang tidak pernah ada kesudahannya.

Beliau berharap agar MATF akan terus memainkan peranan dalam mengurangkan ketirisan hasil cukai negara akibat penyeludupan. Beliau juga percaya bahawa agensi-agensi yang pakar dalam bidang masing-masing dapat membendung kegiatan tersebut dan akan menjaga kedaulatan negara di sempadan.
