Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Multi Task Agency Task Force (MATF)

Mesyuarat Multi Task Agency Task Force (MATF)

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Multi Task Agency Task Force (MATF) yang pertama untuk tahun 2022 di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya bagi membendung penyeludupan rokok dan minuman keras.

Dalam mesyuarat tersebut, sebanyak tiga laporan telah dibentangkan iaitu Laporan Outcome Jawatankuasa Pemandu MATF oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kertas bertajuk Illicit Beer and Proposed Strategy oleh Confederation of Malaysian Brewers Berhad (CMBB) dan Kertas bertajuk Market Developments & Emerging Threats oleh Confederation of Malaysian Tobacco Manufacturers (CMTM).

Dalam usaha memperkukuh ekonomi menuju fasa endemik, Kerajaan perlu mengoptimumkan kutipan cukai sedia ada dengan banyak ketirisan perlu ditutup, di samping mengkaji semula skop cukai dan kecekapan sistem percukaian sedia ada.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas perbincangan, perkongsian dan pandangan yang telah diberikan.

Arkib Foto

Logo Accessibility