Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat MyTTF

Mesyuarat MyTTF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri mesyuarat Pasukan Petugas Khas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) yang pertama dan telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri. Turut bersama adalah YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, YB Menteri-Menteri Besar dan Wakil Kerajaan Negeri, serta jabatan dan agensi berkaitan.

Matlamat MyTTF adalah bagi memastikan pelaksanaan Tindakan-Tindakan Strategik Bagi Konservasi Harimau Malaya dalam tempoh 10 tahun (2021-2030) menerusi enam pendekatan seperti rondaan dan pengawalan; pengukuhan habitat; meningkatkan kawasan berhutan sedia ada; memperkasa urus tadbir; pelaksanaan skim akreditasi habitat Harimau Malaya; dan Kempen Selamatkan Harimau Malaya.

Di Kementerian Kewangan, #TeamMOF sentiasa mengutamakan kelestarian flora dan fauna negara terus terjamin menerusi pelbagai inisiatif. Antaranya adalah menerusi Geran Khas Hasanah yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah dalam membantu Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) bagi menggerak Unit Patrol Menraq yang terdiri daripada Orang Asli Jahai untuk melindungi Harimau Malaya daripada ancaman pemburu haram.

Dengan kerjasama semua, beliau yakin bahawa kita akan berjaya memulihkan populasi harimau kita.

Arkib Foto

Logo Accessibility