Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat NCER

Mesyuarat NCER

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang pertama bagi tahun 2022 secara maya dan telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.

NCER merupakan antara pengggerak utama ekonomi negara sebagai penyumbang majoriti pelaburan sektor pembuatan. Sehingga suku tahun ketiga 2021, sejumlah 61.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan sektor pembuatan di Malaysia adalah di NCER.

Tambahan lagi, pelaburan-pelaburan swasta di NCER juga telah memberi manfaat kepada 67,935 orang dari 30 daerah di NCER sejak 2019 sehingga 2021, menerusi pelaksanaan program modal insan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dan menyumbang kepada kejayaan tersebut yang banyak memberi impak positif kepada kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility