Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat PAC Berhubung Prosiding Perolehan Vaksin COVID-19

Mesyuarat PAC Berhubung Prosiding Perolehan Vaksin COVID-19

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung prosiding perolehan vaksin COVID-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia yang dipengerusikan oleh YB Tuan Wong Kah Who, Pengerusi PAC.

Turut bersama adalah Ahli-ahli Jawatankuasa PAC serta YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Sepanjang prosiding, beliau dan #TeamMOF telah memberikan kerjasama penuh dalam sesi soal jawab. Faktor akauntabiliti adalah amat penting dalam tadbir urus Kerajaan, terutamanya dalam aspek perolehan dan pelaksanaan.

Dalam menghadapi COVID-19, keperluan untuk memperoleh vaksin secepat mungkin telah menjadi antara keutamaan Kerajaan, bukan sahaja demi melindungi nyawa dan kehidupan rakyat, tetapi juga bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Arkib Foto