Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Pasukan Petugas ASEAN+3 Ke-3 di Sarawak

Mesyuarat Pasukan Petugas ASEAN+3 Ke-3 di Sarawak

Mesyuarat Pasukan Petugas ASEAN+3 yang ke-3 telah bersidang. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MMoF) dan Kementerian Kewangan China (CMoF).

Sesi ini membincangkan perkembangan terkini mengenai isu-isu strategik dan dasar ASEAN+3, Pelan Pelaksanaan Jangka Sederhana (MTIP) 2026–2028, perkara-perkara operasi dan tadbir urus, inisiatif ASEAN+3 pada masa hadapan, Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI) serta Inisiatif Pembiayaan Risiko Bencana.

Mesyuarat ini dijangka akan memperkukuh lagi kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara ASEAN+3, meningkatkan daya tahan ekonomi, menggalakkan integrasi kewangan, dan meluaskan peluang untuk kerjasama strategik ke arah pembangunan yang inklusif, seimbang dan mampan. Satu mesyuarat dalam kalangan Pengerusi Bersama juga akan diadakan untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.

#MyASEAN2025
#MyASEANChair2025
#ASEANMalaysia2025
#KepengerusianASEANMalaysia2025
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility