Select your language
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama-sama YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi telah mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Projek-projek Cakna MADANI.
Turut hadir, YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta pegawai-pegawai kanan MoF dan Kementerian Ekonomi.
Antara fokus utama mesyuarat ini adalah memaklumkan status pelaksanaan Projek Cakna MADANI, membincangkan tindakan segera bagi projek rakyat, memastikan projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan pemantauan prestasi melalui mesyuarat berkala.
Antara kriteria Projek Cakna MADANI (2026) adalah:
Secara keseluruhan, objektif utama mesyuarat ini untuk memastikan projek yang boleh dilaksanakan segera dan memberi hasil yang cepat serta impak secara langsung kepada rakyat. Dalam pada itu, usaha ini juga dapat menambah ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan projek awam serta memastikan manfaat projek sampai kepada golongan sasaran.