YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara (MPFN) Ke-39 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.
Turut hadir bersama beliau ialah Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. MPFN adalah sebuah majlis yang bertanggungjawab dalam perancangan bandar dan desa serta menambah baik perancangan persekitaran dari segi fizikal ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara. ⠀⠀
Dalam perancangan bandar dan desa, faktor komuniti dan kelestarian amat penting bagi mewujudkan impak positif secara langsung dan tidak langsung kepada masyarakat bagi jangka masa panjang. ⠀⠀ ⠀⠀
#TeamMOF terus komited untuk memastikan sokongan penuh diberi kepada MPFN agar usaha-usaha pelaksanaan perancangan berjalan lancar demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.