YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Parlimen untuk menghadiri Mesyuarat Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA), dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri. Turut bersama-sama adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan beberapa rakan Kabinet.

IRDA telah membuat pembentangan mengenai beberapa langkah strategik yang akan dilaksanakan untuk menarik pelabur asing ke Johor di samping memperkasa ekonomi negara menerusi pelaburan-pelaburan baharu.

Antaranya adalah dengan mempromosi sembilan sektor yang selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Pelaburan Baharu yang berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

Kementerian Kewangan akan terus bekerjasama rapat bersama IRDA dan pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar dan efisien, demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.