Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Pusingan Kedua Rundingan Semula Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali

Mesyuarat Pusingan Kedua Rundingan Semula Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali

Kementerian Kewangan Malaysia dan State Secretariat for International Finance, Switzerland telah selesai mengadakan Mesyuarat Pusingan Kedua Rundingan Semula Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) antara Malaysia dan Switzerland di Putrajaya.

Malaysia dan Switzerland telah memeterai PPPDK pada tahun 1974 yang merupakan perjanjian dua hala untuk menghalang individu dan perniagaan daripada dikenakan cukai dua kali ke atas pendapatan antarabangsa yang sama. PPPDK menetapkan hak percukaian yang jelas antara negara pejanji, membantu pihak berkuasa cukai untuk berkongsi maklumat serta menggalakkan pelaburan asing dan perdagangan rentas sempadan dengan memberikan kepastian dan mengurangkan kos cukai.

Rundingan pusingan kedua ini merupakan kesinambungan kepada rundingan pusingan pertama yang telah diadakan di Bern, Switzerland pada Disember 2025 dengan tujuan mengemas kini PPPDK sedia ada, selaras dengan keperluan semasa standard percukaian antarabangsa serta landskap ekonomi global dan model perniagaan yang semakin berkembang.

Kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan dengan semangat yang tinggi serta komitmen bersama untuk mencapai hasil rundingan yang seimbang dan dapat menyokong pertumbuhan mampan di Malaysia dan Switzerland.

YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan turut berkesempatan mengadakan pertemuan dengan delegasi Malaysia dan Switzerland bagi menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kerjasama percukaian dan hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

Arkib Foto