Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Pameran 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia

Pameran 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Pameran 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia. Bagi Kementerian Kewangan (MOF), tujuan pameran sebegini bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat mengenai pencapaian MOF sepanjang 100 hari Kerajaan Keluarga Malaysia, tetapi juga sebagai peluang untuk MOF dan agensi-agensi berkaitan turun padang dan mendengar maklum balas serta cadangan orang awam.

#TeamMOF juga mengambil peluang untuk membuka kaunter perkhidmatan dan informasi seperti Kaunter Wang Tak Dituntut oleh Jabatan Akauntan Negara, Pengemaskinian Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pendaftaran i-Akaun oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Nasihat Kewangan dan Pengurusan Kredit oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Permohohan Pinjaman Mikro oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Agensi LAKSANA juga turut terlibat bagi menyampaikan maklumat tepat tentang inisiatif #Bajet2022. Booth MOF turut menerima ramai pengunjung dan rata-rata semuanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. ⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility