Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Pameran Malaysia Open House @ ASEAN 2025

Pameran Malaysia Open House @ ASEAN 2025

Kementerian Kewangan bersama Bank Negara Malaysia menganjurkan Pameran Malaysia Open House @ ASEAN 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre. Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai ini menampilkan lebih 30 reruai dalam tiga zon utama iaitu Zon Kebudayaan, Zon Kewangan dan Ekonomi serta Zon Belia.

Secara keseluruhan, zon-zon ini bertujuan menarik minat pengunjung dari segenap lapisan masyarakat termasuk kalangan usahawan mikro, belia, orang awam dan pelancong dalam dan luar negara.

Pameran ini turut melibatkan beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan seperti Kraftangan Malaysia dan FAMA mewakili Jabatan Pertanian serta semua Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Selain itu, pameran yang berlangsung selama empat hari juga menyediakan pengisian bermanfaat merangkumi pendidikan kewangan termasuk panduan pelaburan selamat, langkah-langkah mengelakkan jenayah kewangan serta strategi pengurusan kewangan yang mampan, demi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan pengunjung.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkesempatan merasmikan pameran tersebut dan turut hadir ialah YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

#MyASEAN2025
#MyASEANChair2025
#ASEANMalaysia2025
#KepengerusianASEANMalaysia2025
#keterangkumandankemampanan
#inclusivityandsustainability
#advancingASEANeconomy2025
#memacuekonomiASEAN2025
#MalaysiaMADANI

 

 

Arkib Foto

Logo Accessibility