Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima panggilan video daripada Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC untuk berbincang mengenai halatuju Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), terutamanya dalam trek kewangan. Perbincangan juga menyentuh tentang cabaran dihadapi APEC mengenai persidangan yang dijadualkan tahun ini disebabkan oleh sekatan perjalanan dan penularan COVID-19.

