Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah merasmikan Pehimpunan Majlis Syarikat Induk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia (MSIM) bagi tahun 2020 di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.
Sebagai syarikat induk, peranan MSIM bukan sahaja untuk memenuhi keperluan semua IPTA sebagai langkah penjimatan dan penggabungan kepakaran tetapi untuk beri keyakinan pada universiti-universiti untuk bekerjasama dalam penjanaan pendapatan.
Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi MSIM, Dato’ Mohd Hatar Ismail; Bendahari Universiti Teknologi Malaysia UTM, Tuan Abu Bakar Mohd. Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chatered Saadiq Berhad; Suhaimi Abdul Hamid; Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Affin Hwang Investment Bank, Yip Kit Weng; serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Induk Universiti Awam serta semua yang hadir.





