Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Pelan Hala Tuju 5 Tahun Memberi Akses Kepada PMKS & MTC Ke Pasaran Modal Dengan Pembiayaan Sebanyak RM40 Bilion Pada 2028

Pelan Hala Tuju 5 Tahun Memberi Akses Kepada PMKS & MTC Ke Pasaran Modal Dengan Pembiayaan Sebanyak RM40 Bilion Pada 2028

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah melancarkan Pelan Hala Tuju bertajuk “Memangkin Akses bagi PMKS dan MTC ke Pasaran Modal: Pelan Hala Tuju 5 Tahun (2024-2028)” di Suruhanjaya Sekuriti.  Pelan ini bertujuan menjadikan pasaran modal sebagai sumber pembiayaan yang lebih menarik dan teguh bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC1).

Dalam ucapannya yang dibacakan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan menekankan kepentingan PMKS dan MTC kepada ekonomi negara serta keperluan kerjasama strategik dalam kalangan pemegang kepentingan utama dalam memenuhi keperluan pembiayaan segmen ini.  

PMKS dan MTC merupakan enjin pertumbuhan negara, dengan sumbangan PMKS dianggarkan sebanyak 38.4% daripada KDNK Malaysia dan 48.2% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 2022. Terdapat lebih kurang 8,500 MTC yang menyumbang kira-kira 36% daripada KDNK dan 16% daripada tenaga kerja.

Pelan Hala Tuju tersebut akan melengkapkan dan menyokong dasar pembangunan negara sedia ada, termasuk rangka kerja ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ke-12, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Arkib Foto

Logo Accessibility