Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Pembentangan 4 Rang Undang-Undang Di Dewan Negara

Pembentangan 4 Rang Undang-Undang Di Dewan Negara

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah mewakili Kementerian Kewangan untuk membentangkan 4 Rang Undang-Undang (RUU) penting di Dewan Negara. RUU tersebut termasuklah RUU Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024, RUU Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024, RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024, dan RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024.



Semua RUU ini telah diluluskan dengan jayanya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses ini.

Terima kasih beliau ucapkan kepada pegawai-pegawai dari Bahagian Cukai, Bahagian Wang Tidak Dituntut dan Bank Negara atas sokongan mereka yang tidak terhingga. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para senator yang telah memberikan idea dan maklum balas yang berharga. Kami akan meneliti dan menerimanya dengan ikhlas.



Dewan Negara mempunyai tempat yang istimewa dalam hati beliau.Ia adalah tempat di mana beliau mula-mula melangkah dalam kerjaya politik sebagai seorang senator. Beliau amat berbesar hati kerana RUU ini diluluskan dan ini merupakan pengalaman yang amat berharga buat beliau.

Arkib Foto

Logo Accessibility