YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan membentangkan #Bajet2022 di Dewan Negara dan beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negara yang hadir untuk mendengar dan meneliti pembentangan beliau.

Walaupun setiap tahun bajet dibentang, namun bagi tahun ini, #Bajet2022 ini adalah amat penting kerana ia akan menjadi pemangkin untuk memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia serta menyokong pemulihan ekonomi negara terus berada di landasan yang tepat.
Sokongan semua pihak terhadap #Bajet2022 juga adalah penting, sama ada oleh parti pembangkang, golongan profesional, pemain industri dan juga rakyat bagi memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif bajet dapat dijalankan dengan lancar.

Beliau turut mengajak #KeluargaMalaysia untuk ketepikan perbezaan dan satukan semangat dalam menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia, kelangsungan perniagaan tempatan, dan pemulihan ekonomi negara.