YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
Belanjawan tersebut dibentangkan selama lebih 2 jam yang mencakup serta menjawab beberapa persoalan mustahak yang sedang didepani Kerajaan.
Permasalahan hutang dan persoalan tatakelola, tantangan semasa dan global serta pengarahan baharu ekonomi, kebajikan serta beberapa prinsip jelas mengenai ketelusan dan pertanggungjawaban, selain penekanan soal merancakkan pertumbuhan dan kos sara hidup yang menghimpit rakyat terbanyak.
Beliau amat berharap rakan-rakan untuk luang masa menelaah tawaran serta cadangan yang dihidangkan, termasuk kritikan yang bermakna agar negara ini dan ekonominya kembali bangkit, segar dan mampan demi segenap lapisan masyarakat.