Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Pembentangan Laporan Prestasi Perbelanjaan Pertengahan Tahun 2023 Di Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan & Ekonomi Parlimen Malaysia

Pembentangan Laporan Prestasi Perbelanjaan Pertengahan Tahun 2023 Di Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan & Ekonomi Parlimen Malaysia

Kementerian Kewangan (MOF) telah menerbitkan Laporan Prestasi Perbelanjaan Pertengahan Tahun 2023 (Mid Year Review 2023) pada 27 September 2023. Laporan berkenaan boleh diakses melalui laman portal MOF di pautan seperti berikut:

https://budget.mof.gov.my/pdf/belanjawan2023/LAPORAN-PRESTASI-PERBELANJAAN-PERTENGAHAN-TAHUN-2023.pdf

MOF juga telah membentangkan Laporan Prestasi Perbelanjaan Pertengahan Tahun 2023 di Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, Parlimen Malaysia Kelima Belas Bilangan 7 Tahun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 2, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar). Laporan ini telah dibentangkan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MOF iaitu YBhg Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara, YBhg Dato’ Che Nazli Jaapar, Setiausaha Bahagian Cukai dan YBrs. Dr. Mastura Abdul Karim, Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi.

Antara perkara yang dibentangkan oleh MOF adalah mengenai prestasi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan bagi separuh tahun pertama 2023, prestasi pelaksanaan inisiatif Belanjawan 2023 serta prestasi hasil dan hutang Kerajaan Persekutuan.

Arkib Foto

Logo Accessibility