Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Penyempurnaan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Pembiayaan Mikro Kredit #KeluargaMalaysia

Penyempurnaan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Pembiayaan Mikro Kredit #KeluargaMalaysia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di booth Kementerian Kewangan (MOF) dan turut menerima kehadiran YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri untuk penyempurnaan majlis penyerahan surat setuju terima pembiayaan mikro kredit oleh Bank Simpanan Nasional kepada peniaga mikro.

Booth MOF juga turut dikunjungi YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya. ⠀

Beginilah #KeluargaMalaysia. Saling ziarah menziarahi di samping menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sekiranya orang ramai mempunyai kesempatan untuk singgah ke booth MOF, bolehlah dapatkan khidmat dan nasihat yang tersedia serta maklumat yang tepat mengenai inisiatif #Bajet2022. #TeamMOF sedia membantu dan berkhidmat untuk #KeluargaMalaysia yang tercinta.

Arkib Foto

Logo Accessibility