Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan berkenaan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 (Jangka Pendek) bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan Malaysia.
Perkongsian berkenaan perkembangan terkini, cabaran yang di kenal pasti serta maklumbalas yang diperolehi daripada pihak berkepentingan (awam dan swasta) telah diadakan pada sesi tersebut.
Pelan tersebut akan merentasi 6 tumpuan iaitu:
Kementerian Kewangan akan terus mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi memastikan pelan yang bakal dihasilkan adalah menyeluruh dan membolehkan ekonomi berkembang semula demi kesejahteraan Rakyat dan negara.



