Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan bersama YAB Datuk Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Perbincangan bertumpu kepada agenda untuk memerangi COVID-19, memastikan bantuan PRIHATIN rakyat dilaksanakan dengan baik dan memperkasa aktiviti ekonomi domestik di negeri Perlis bagi memastikan pembangunan luar bandar yang holistik dalam tempoh PKPB ini dan dalam usaha membuka semula ekonomi secara berperingkat.



